Saturday, December 4, 2010

..::HARGA MINYAK RON 95 NAIK 5 SEN::..

Belum pun sempat lagi kita menarik nafas lega kerana pengumuman kerajaan dua hari lalu mengenai kenaikan harga minyak RON 97 kerana kita semua rata2 adalah pengguna minyak RON 95, ada yang cakap,xkesah sebab kita tak pakai or guna minyak RON 97,lega la, tapi baru sekejap td kita telah dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak RON 95 atau dengan kata lain, pengurangan subsidi sebanyak lima sen ke atas petrol RON 95 menjadikan harga petrol tersebut RM1.90 seliter. Rasanya ramai yang tak tau & tak aware tentang kenaikan harga minyak RON 95 ni sebab ada yang sibuk bawa anak-anak berjalan-jalan, almaklumlah skrg ni kan musim cuti sekolah. Aku sendiri pun sebenarnya baru je dapat tau tentang kenaikan harga minyak ni dalam radio masa on the way balik dari Cheras melawat kakak yang baru bersalin. Kalau di perhatikan semula, kenapa harga minyak diumumkan naik pada hari jumaat? Kenapa bukan hari lain?

Dengan kenaikan harga minyak, maka harga barang-barang keperluan lain pun bakal naik. Salah satu sebabnya,harga DIESEL pun meningkat sebanyak 5 sen, bakal memeningkan kepala semua org, bukan sahaja kakitangan kerajaan malah juga kakitangan swasta dan seluruh rakyat di muka bumi Malaysia ini. Walaupun PM kita umumkan "bonus" RM500 untuk kakitangan kerajaan pada hujung tahun ini, ada yang berkira-kira untuk menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, tapi kini harapan tinggal harapan, hancur berkecai di tengah jalan, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi kita terpaksa menanggung bebanan kenaikan harga barang keperluan kerana kenaikan harga minyak ini. Selain itu, kerajaan juga telah umumkan kenaikan harga gula atau dengan kata lain, pengurangan subsidi gula, dikhabarkan gula akan naik harga mencecah RM2.10 sekilogram.

Apa yang akan berlaku selepas ini..?Mungkinkah akan ada gelombang kedua kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga keperluan lain...?

No comments:

Post a Comment