Thursday, April 21, 2011

saja suke-suke...

Assalamualaikum semuaa...salam sejahtera,hiii everybodyy...

Hmm..lama dh x dpt update blog aku ni, almaklumla, bz semenjak 2 menjak ni...macam-macam hal dan perkara berlaku...hm...kalo dh dalam masa seminit pun mcm2 bleh berlaku,inikan pulak kalo sejam,sehari, apatah lg kalo sebulan dan setahun...

Aku ni mcm xde idea nk tulis, tapi xpela,aku cuma nk ber'share' atau berkongsi la dgn korang smua,kan...mcm bnyk je bnda aku nk coretkan kt sini, tp mcm xde masa plak..huhu...
kisah suka duka student cfs ni, ex-students dan juga students kt cfs..biasala,bila dh dpt result, ada yg happy dan x kurang juga ada yg kurang happy..biasa la tu, ini lah yg dinamakan kehidupan,mcm roda,sekejap atas,sekejap lagi dh kt bawah...hampir smua atau pun smua perkara yg berlaku ada hikmahnya yg tersendiri, yang hanya Dia sahaja yg mengetahui dan stiap yg berlaku adalah di bawah perencanaan dan perancangan Yang Maha Esa, Allah the Almighty.

Dalam kehidupan, ada masa kita senang, ada masa kita susah, ada masa kita rasa kita dh berjaya dan ada masa yang kita rasa kita gagal, tetapi kita patut sentiasa bersyukur dgn keadaan yang kita alami dan hadapi, sesusah susah kita, masih ada yg lebih susah dari kita smua, dan sebagaimana kita senang dgn kekayaan yg melimpah ruah, ada lagi yg lebih kaya dari kita smua. Sesungguhnya kita MESTI dan haru bersyukur dgn apa yg kita miliki sekarang.

Menjadi kebiasaan setiap insan, apabila kita memiliki sesuatu benda, kita tidak mensyukuri, tetapi sekali ianya hilang ata kita kehilangan,barulah kita terasa, sangat-sangat terasa, x kurang juga ada yg menyesali kerana tidak menjaga atau mempedulikan tentang pemilikan kita ke atas perkara tersebut.

Hopefully, kita semua dapat sama-sama mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita semoga kita menjadi insan yg lebih cemerlang pada hari-hari yang mendatang, marilah sama-sama kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari hari yg sebelumnya. Sama-sama kita berazam untuk jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam. InsyaAllah...

Wednesday, April 6, 2011

MAWADDAH WA RAHMAH

Assalamualaikum & hello to everybody.............

Selamat pagi kepada semua...
Sebenarnya tajuk kt atas tu adalah program lawatan ke rumah anak-anak yatim tempoh hari,saya sedikit busy la skrg ni...mengalahkan PM Malaysia plak kan..?hahaha.. LOL.

Hmm...ok la,ni nak sambung ceritera yg hari tu, lawatan ke rumah anak-anak yatim tu..
sebenarnya organizer bagi nama "MAWADDAH WA RAHMAH" pada program diorang ni...itu dalam bahasa Arab, kalau dalam Bahasa Melayu plak..hmm..."Kasih Sayang dan Rahmat", "Kasih Sayang daan Kebahagiaan", itu kata seorang daripada ahli jawatankuasa. Diorang ni pergi ke sana dengan niat nk beramal jariah, InsyaAllah semua yang hadir akn mendapat keberkatan dan juga mendapat rahmat daripada Allah, tak lupa juga kepada semua penghuni rumah kebajikan tersebut termasuk Mak Ngah. Memang dari pengamatan saya sepanjang berada bersama mereka, jelas terpancar keikhlasan masing-masing, walaupun pada hakikatnya mereka semua ni penat, tetapi, apalah sangat penat yang sedikit itu jika nak dibandingkan dengan apa yang telah anak-anak penghuni rumah kebajikan tersebut telah lalui, rasa keinsafan menyelubungi hati dan diri saya ini walaupun terlibat secara tidak langsung, sedikit sebanyak rasa itu meresapi ke dalam hati dan jiwa ini. Marilah sama-sama kita memanjatkan doa semoga mereka dikurniakan hati yang tabah dan kuat untuk mereka menghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan dugaan.

Program ini telah dirangka untuk sama-sama menghayati keperitan dan kesusahan anak-anak penghuni rumah kebajikan ini serta untuk menghulurkan bantuan ikhlas serta mencurahkan kasih sayang kepada mereka semua. Dalam pada itu, ia juga adalah untuk mencari rahmat dan keredhaan daripada Allah...