Thursday, August 25, 2011

Ramadhan akan pergi...

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Nampaknya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, sekali lagi selepas 25 hari kita mengharunginya dengan penuh rasa keimanan di dada kita. Harapan semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik ita, InsyaAllah. Dan juga dengan harapan dapat kita bertemu dengan Ramadhan untuk tahun depan, InsyaAllah.

Selepas 25 hari, malam ni dh masuk hari ke 26, tinggal lagi beberapa hari untuk menyambut hari kemenangan kita semua selepas sebulan berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu serakah dan juga semua pancaindera kita daripada melakukan perkara yang kurang elok. Dan dengan itu semua, kita dapat kekalkan momentum yang sebulan ini untuk menghadapi 11 bulan lagi. InsyaAllah.

Nampaknya jalan-jalan raya mula dipenuhi oleh kenderaan - kereta especially, motor dan termasuk juga lori dan bas, untuk balik ke kampung dan juga pergi membeli dan belah secara berjemaah. Semua ni semata-mata untuk menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia pada bulan Syawwal.

Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hati di jalan raya,semoga anda selamat tiba...
Kepada pemandu-pemandu & penunggang-penunggang, pandu & tungganglah dgn cermat, jgn lupa utk berdoa kepada Allah, semoga semuanya selamat, InsyaAllah DIA akan makbulkan. Amiinnn...

Dan kepada semua, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. eh, semangat gila aku nih,awal-awal lagi dh wish hari raya...heeeeee.....