Wednesday, March 13, 2013

Learn from Japan


Do 5S in your place. What is 5S? Let the picture speaks. We learn this 5S from Japan. Thanks to the Japanese. Let us do and practice this in our places. Most of the places in our country especially government offices had practiced this 5S. I found this poster in one of the government offices in KL. Let us practice it because it is good to our community.

Thursday, October 20, 2011

Jiwa Bersih Lahir Kerja Berkualiti


Mari la sama-sama kita menghayati tulisan di bawah ini untuk kebaikan kita bersama, petikan ini diambil daripada sebuah akhbar dan ianya hasil nukilan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Saya baru berkesempatan mengikuti sesi pengajian kitab Bidayatul Hidayah di Kompleks Kota Darul Naim pada hari Khamis lalu. Sebenarnya pengajian kitab ini pada setiap hari Khamis sudah bermula semenjak awal tahun ini dan dibuka untuk kakitangan Kompleks Kota Darul Naim, cuma dikejar oleh kepadatan jadual kerja, saya hanya sempat meluangkan masa bersama-sama kakitangan menadah kitab ini pada hari Khamis lalu. Alhamdulillah, kuliah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Muhammad itu saya lihat sangat baik dan bermanfaat terutamanya ke arah melahirkan kakitangan kerajaan yang mempunyai jiwa yang bersih.

Tasauf sebenarnya tidak asing di dalam Islam. Namun mungkin kerana masyarakat disibukkan dengan soal-soal fiqh, sehingga kadang-kadang terlepas pandang tentang kepentingan penyucian jiwa. Sedangkan selalunya iman iaitu amalan hati disebut terlebih dahulu sebelum amal yang merupakan amalan anggota fizikal. Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا

Yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik. – Surah al-Kahfi, ayat 30

Ayat di atas jelas sekali meletakkan bahawa beriman dan beramal soleh merupakan dua syarat yang perlu ada untuk seseorang itu diberikan ganjaran yang baik oleh Allah SWT. Bahkan betapa pentingnya iman yang merupakan gerak kerja hati, ia diletakkan lebih dahulu daripada amal. Di dalam hadis, Rasulullah SAW pernah menerangkan persoalan ihsan yang juga merupakan gerak kerja hati. Sabda Baginda SAW tentang ihsan sewaktu ditanya oleh Jibril yang datang menyerupai seorang lelaki :

أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Yang bermaksud : Kamu mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika tidak (mampu membayangkan) kamu melihatnya, maka (ketahuilah) Dia melihatmu.

Justeru selagi mana roh bercampur baur dengan jasad, maka selagi itulah pengajian tasauf tidak boleh dipisahkan dengan pengajian fiqh. Bukan tidak penting berbincang tentang soal sah batal solat dan sebagainya, tetapi penting juga untuk turut dibincangkan persoalan hati yang bersih bagi memastikan amalan diterima oleh Allah SWT. Hati yang bersih sahaja yang akan menerima hidayah daripada Allah SWT. Khususnya di bulan Ramadhan ini yang disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja.

Oleh yang demikian, apabila pengajian tasauf dimulakan di dalam kompleks Kota Darul Naim semenjak awal tahun ini, saya sungguh-sungguh merasa gembira. Sekalipun saya rasa sudah terlewat sebenarnya pengajian ini dimulakan dengan usia kerajaan Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam yang mencecah 21 tahun pada tahun ini, saya tetap gembira dengan perkembangan positif ini. Hakikatnya, di luar pagar komples Kota Darul Naim, pengajian tasauf sudah diajar di pondok-pondok begitu lama. Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1933 juga terkenal sebagai seorang tokguru tasauf. Saya amat berterima kasih kepada seluruh tuan-tuan guru pondok samada yang telah pergi atau yang masih ada bersama kita yang tidak jemu-jemu mengajar persoalan dosa pahala syurga neraka kepada rakyat Kelantan. Hasilnya, hari ini, rakyat Kelantan dikenali sebagai masyarakat beragama yang tidak senang digugat dengan gelombang jahiliyyah. Apa-apa dasar dan pelaksanaan yang selari dengan syariat Islam yang cuba diperkenalkan oelh kerajaan negeri Kelantan diterim baik oleh masyarakat kerana mereka sudah diajar oleh tuan-tuan guru pondok begitu lama. Tinggal lagi untuk mempraktikkannya di dalam kerangka undang-undang. Semoga Allah mengurniakan mereka dengan sebaik-baik ganjaran.

Hari ini, dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan diterima dengan baik oleh rakyat. Tidak ada sebarang masalah yang timbul sekalipun dulu ramai yang melabel bahawa Islam tidak boleh memerintah. Jika adapun sedikit gangguan hanyalah ibarat nyamuk yang berdesing di luar kelambu termasuklah usaha untuk menyaman kerajaan negeri ekoran isu judi beberapa minggu lepas. Saya anggap saman ini hanyalah satu usaha untuk mengacau keharmonian rakyat Kelantan. Jika diturutkan hati, ingin saja saya perkenalkan dasar Membangun Bersama Islam dan Iman, kerana iman itulah yang berkait rapat dengan hati. Namun, bimbang nanti disalahfaham oleh golongan-golongan tertentu, saya mengira setakat ini cukup sekadar kita menyebut Membangun Bersama Islam. Itupun ada yang berpura-pura tidak faham lantas menyerang kita dari pelbagai sudut.

Apapun saya berharap semoga pengajian tasauf seperti ini berterusan sehingga berjaya melahirkan golongan pekerja yang bersih jiwanya. Saya percaya, kebersihan jiwa ini yang melahirkan kerja yang berkualiti. Dalam erti kata lain, bersih jiwa bersih amalan, insya-allah. Inilah yang menggembirakan hati saya sebagai seorang yang diberikan amanah oleh Allah SWT menerajui pentadbiran negeri Kelantan. Saya mengharapkan agar apa yang dilakukan ini menjadi ganjaran yang baik di sisi Allah SWT sebagai bekalan untuk menghadapNya kelak, insya-Allah.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan

Thursday, October 13, 2011

Thank you, Terima kasih, Syukran jazilan, Arigatogozaimastak!

Assalamualaikum & good evening to all,

I am very sure that all of u are in the ood condition and all are very well. Hopefully u still can access this blog and enjoy the photos and something that I wrote. I am not that expert in writing something, I just write whatever I want to and whatever comes to my mind. Actually I would like to thank to all my students in G150 of CFS because they show their appreciation to us by inviting us to their function. Thank you very much.

For those who are waiting the results, please pray, pray and keep praying lots to Allah. Anything could happen because of the Du'a. InsyaAllah, for those who were struggling and studying before the final exam, hoepfully u can get outstanding results, will passed the papers with flying colors.

Let us enjoy the photos at the function with G150, lead by Kak Aini ;)






































Ini lah dia gambar-gambar yang diambil tempoh hari..sangat bnyk,aku bukan malas nk pilih tapi aku letak semua skali supaya nanti senang korang nk amik le..korang tu refer pada orang-orang yang berkenaan aje ye..hehe..Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah.jgn lupa doa bnyk-bnyk supaya dapat results yang baik, bagus dan terbaik.

Ada lagi sikit gambar ni. Nanti kita sambung lagi ye. :)

For more photos, please go to --> http://photobucket.com/G150

Thursday, October 6, 2011

benGanG..SaBarrr...

Assalamualaikum & good day to all,

Malam td aku dok menaip utk entry baru aku, siap je aku taip,lps tu ada auto saving, then bila aku click  publish boleh plak dia pegi tmpt lain..huhu..bengang btul rasanya..bengang punya psal aku trus menidurkan diri aku sendiri. Bengang boleh terjadi disebabkan bnyk benda & perkara. Biasanya kalo benda yg berlaku x sepertimana yg kita nak, boleh menyebabkan kita bengang atau sesetengah org xleh terima teguran pun dia akn bengang juga. tahap kebengangan tu bergantung kepada seseorang punya tahap kesabaran.

Sabar, cakap senang tapi nk perform susah,nk laksanakan,nk buat memang susah la. Especially kalo sesapa yg driving. Selalunya sesapa yg driving, dia akn jadi lain, cepat marah dan cepat hilang sabar, almaklumlah masing-masing nk pertahankan ego, masing-masing nk pertahankan hak di jalanraya (kunun-kununnya).

Sebenarnya semuanya adalah bermula dari diri kita sendiri. Kita kalau dapat kawal diri kita, dapat kawal emosi kita InsyaAllah semuanya ok dan baik-baik semuanya. Kesabaran kena mula dari dalam diri kita,dari dalam diri, hati dipengaruhi oleh minda, bukan hati yang mempengaruhi minda. Orang kata, ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Jadi, marilah sama-sama kita mendidik hati dan nafsu kita supaya ikut minda dan fikiran kita, InsyaAllah fikiran yang waras jika memimpin hati dan nafsu, InsyaAllah semuanya harmoni.

Sabar ni boleh hilang kalau kita hilang pertimbangan, kalau minda tak dapat dikawal, maka hilanglah kesabaran. Bila dh hilang sabar, perasaan yang kurang enak berlegar-legar di hati dan insan tersebut akn rasa bengang,bengang ye, bukan bangang ataupun bingung. Walauapapun yang terjadi, marilah sama-sama kita kawal emosi kita dgn minda kita, InsyaAllah semua perkara yang berlaku akan dapat kita hadapi dengan tenang, InsyaAllah. Memang bukan perkara mudah atau senang, memang susah tapi stiap sesuatu yang Allah ciptakan ada jalan penyelesaiannya serta ada himahnya yang tersendiri. Jadi kita sebagai umat manusia di muka bumi ini, sebagai umat Islam, maka marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Dia Yang Maha Agung, kita panjatkan doa supaya Dia kuatkan minda kita untuk jadi insan yang lebih baik. InsyaAllah,Amiin ya Rabbal 'Alamiinn...

Wednesday, October 5, 2011

makan lagi...

Assalamualaikum & good morning to all,

Today is already 5 Oktober 2011, 7 Zulkaedah 1432, Syawwal is gone and he will come back in the next 12 months, InsyaAllah we will meet him again,InsyaAllah. Bulan Syawal dh abes,raya pun dh abes, tapi ada je antara kita ni still buat open haus raya, al-maklum katanya tak sempat nk buat masa bulan Syawal, masing-masing sebuk dengan kerja dan macam-macam lagilah. Bagi aku, tak kesah la nk buat makan-makan bebila pun,asalkan dapat achieve objectives yang dah ditetapkan oleh si penganjur makan-makan :)

Sesaja je aku membebel, tak de mende sangat pun sebenarnya. Aku nk share dgn korang ni gambar-gambar yang aku snap masa makan-makan dengan students CFS G150 ni, yang ni kira sambungan daripada yang hri tu tuuu..Meh kita tengok gelagat-gelagat mereka semua..Untuk pengetahuan korang, gambar-gambar ni semua gmbar yang belum edit,semua gambar aku masukkan,tak pilih pun...sama-sama la kita share dan nikmati ye..jooommmm!!

To members of 150,so sorry 4 late post. I am very busy since last 3 weeks. These are some of the photos, I will post them again later,InsyaAllah. Please enjoy those photos. Very nice to have the majlis makan-makan with all of u. May Allah bless us all.
Let us enjoy the photos:


semua happy je tgh tunggu nk mkn..

dua org penting dlm majlis mkn2 ni.

menunggu utk makan dgn penuh sabar

peace malu-malu gitew..

dua org paling penting dalam majlis makan-makan..pengerusi majlis.

gaya seorang deputy dean :)

eh?bekas air mcm lebih tinggi dari pengerusi majlis..haha

happy je..(sebab dpt mkn free..haha)

dpt hibah ye,bukan rasuah..

hehe

pun dpt juga..haha

doa makan

makan timee...bestt..!!

the only guys

sempat lg posing tu..

makan la pulok..penat jd pengerusi majlis

peace...

satay kajang laa..

makan..

posing & makan & minum..

...to be cont...