Tuesday, September 27, 2011

...makan...

Assalamualaikum semuaa...

Hari ni dh 28 Syawwal 1432, dh nk abes dh bulan Syawwal ni,so open haus pun forsure dh nk abes la..tp ada juga sesetengah org still buat open haus walaupun dh abes bulan raya,katanya xcukup sebulan nk sambut raya.macam macam org kan..?

Cakap psl makan-makan ni,sebenarnya menarik juga sbb dpt menarik kaum kerabat,saudara mara,sahabat handai serta rakan taulan utk beramah mesra serta mengeratkan tali silaturrahim antara semua.Alhamdulillah, semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah,InsyaAllah. Hanya dgn makan sahaja bleh ajak kaum kerabat beramah mesra lebih-lebih lagi kalo mkn free....heheheheee...rasanya sesapa pun kalo makan free mesti x tolak, bak kata pepatah, "rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari"..hehehe..

Last week, 22 september 2011, ada satu jamuan makan,jamuan raya dan juga jamuan end of semester bersama beberapa instructors yg dedikasi especially en.azmi merangkap deputy dean sciences cfs.
Biasalah kalo makan-makan ni ada mcm2 ragam la kan...hmm..mari kita tgk apa ragam mereka sebelum,semasa dan juga selepas makan...

JOMMM!!

SEBELUM...


derang ni tgh bz prepare nk bancuh air je punn..ramainye la haii...hehehe..nasib baik best air tu..

best frens, yaakub dari sabah & en azmi dari pahang,errr...apa kaitannya kt sini?

"bila nk start ni ekk?lenguh dh blkg aku ni,lamanye korang bancuh air.."

"ayam masak merah tu mcm sedap je.." "sabar..sabar...rilekk luu"

say cheeseeeee..!!

ni le air yg derang bancuh td..nmpk sedap dan mmg terbukti sedaaappp

kitorang dh gosok gigi laaa...tgk la gigi kitorang ni,,hehehe

yesss..!akhirnya dpt jg bergambar..hehe

 cheese & peace
menuggu kedatangan satay

lagi sekali tmpt yg sama.nazira,"cheese"

 happy
nmpk sedaaapp je..

saat-saat sebelum bermulanya majlis makan

selamat menikmati makan-makan...nti smbung lg..
gambar-gambar lain masih dlm proses...tunggguuuuuuu......

Tuesday, September 6, 2011

Memang Beliau sudah pergi, pergi meninggalkan kita semua...

Assalamualaikum warahmatullah....

Kita jmpa lagi hari ni..apa kabar semua?hopefully semua sehat & baik aje ye..Almaklumlah dh habes puasa dah,semua dh boleh makan, xde lg yg gastrik la sakit perutla,ada penyakit dalam perut & macam-macam lagi la..hehe...so,semua yg sakit masa bulan Ramadhan tu, kenala ganti puasa tu ye...?jgn lupa..

Hari ni 6 September 2011, genaplah lapan hari kita menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan menahan diri daripada lapar & dahaga serta menahan segala nafsu serakah kita. Hari ini 8 Syawal 1432, dah lapan hari tapi aku rasa masih seperti bulan Ramadhan,rasa mcm terlalu cepat Beliau pergi meninggalkan kita semua, sesetengah orang menganggap belum pun sempat nk beribadah dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, Beliau terlah pergi, terasa hati ini sayu dan pilu mengenangkan pemergian Beliau.

Walaupun hanya dapat bersemuka dengan beliau selama sebulan atau secara tepatnya 29 hari,suatu masa yang agak panjang sebenarnya, tetapi terasa mcm baru bersemuka dengan beliau kurang dari beberapa jam sahaja. Rasa rindu untuk bersemuka dengan beliau semakin menebal tatkala tiba waktu maghrib dan waktu malam. Terasa rindu untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan solat terawih di masjid-masjid dan di surau-surau.Entah kenapa,aku rasa memang sangat merindui Beliau. Apakah dapat kita semua berjumpa dan bersemuka lagi dengan Beliau pada tahun hadapan..?Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga umur kita semua dipanjangkan supaya dapat kita bersemuka sekali lagi dengan Beliau pada tahun hadapan. InsyaAllah. Semoga Allah memberi kita kekuatan fizikal dan mental serta kekuatan rohani untuk kita menghadapi hari-hari mendatang sambil menunggu kedatangan Beliau lagi dengan harapan semoga pertemuan dengan Beliau kali ini dan pada tahun hadapan bukanlah pertemuan kali terakhir kita.

InsyaAllah, dengan izinNYA semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Beliau dan dapat kita merebut lagi sekali peluang yang terhidang di depan kita. Sesungguhnya kehadiran Beliau sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sama-sama kita panjatkan doa supaya kita dapat bertemu dan bersemuka dengan Beliau lagi pada tahun depan. Sesungguhnya aku amat merindui mu, RAMADHAN.