Friday, October 22, 2010

...new handphones...pt.2

..kpd semua,sorry sbb lmbt sket nk sambung yg ni..aizen ckp blackberry x best n x sesuai utk muda-mudi remaja..xpasti plak dia suka hp apa ya..?hurrmmmm...kalo nk dikira best,semuanya mmg best la,tp kalo tgk iphone plak camne ekk?iphone 4 yg baru tuu..tp harga dia,mak aiihh..xmampun den nk boli..huhu..kena kumpul duit berbulan-bulan juga la nk smbr iphone,tp ada dealer sndri yg ckp iphone ni kelemahan dia kalo bateri rosak,terus kena buang la dgn henpon skali..itu yg sadis tu,dia ckp iphone xboleh bukak,kalo bateli losak,u kena buang semua sekali maa..

Ni dia iphone 4 yg canggih tu(org ckp la),tp aku sndri xberapa minat sgt,satu sbb dia touch screen,then aku sedikit sbanyak terpengaruh juga dgn mamat dealer tu..tapi xpe,ni gmbar iphone 4 ada la:

nampak mcm bestkan..?haaa..ini la dia.mmg best dgn mcm2 game ada dalam itu handphone...kalo nk bandingkn iphone dgn blackberry ni agak2 mana yg pakai latest technology ya..?aizen mungkin tau kot pasal ni..walaupun iphone 4 ni nmpak canggih,best,bnyk perkara-perkara menarik,software yg best tapi still xdpt tawan hati aku lagi..aku pun tatau,maybe sbb touch screen,bila touch screen,lmbt sket nk bertindak balas,dan kdg2 boleh 'hang'.hmm..mari kita sama-sama compare and share pasal iphone 4 ni plak ye...


Wednesday, October 20, 2010

...new handphones...

Handphones,there are so many new handphones nowadays...
Actually,i got questions for inspector gadjet or gadjet man...

Dalam banyak-banyak henset,henset mana yg kira paling best la,antara Blackberry, i Phone atau nokia ekk..?


Kalo blackberry plak,Blackberry torch yg mcm ni



ini nama dia Blackberry Torch, kalo x silap ini first time Blackberry ada slide phone.ni tgk dari semua view plak.


best kan henset ni..kn?tapi harga plak xtau lagi,tp kan rasanya mesti lebih mahal kot dari Bold 2 kot kan..?
nti kita tgk plak i phone & nokia N8 plak..i got to go now...

Tuesday, October 19, 2010

borak-borak jeerrr..

Berbalik kita pasal bajet 2011,hmm...sebenarnya penat juga dok ckp pasal bajet 2011 ni kan..?dok fikir macam-macam,especially yang dh berkeluarga,apatah lg yg dh ada anak,anak ramai ke atau anak yg sorang atau dua tetap ada anak kan..?mmg kalo difikirkan mmg xkn abes la...InsyaAllah,rezeki daripada DIA ada,cuma kita perlu usaha bersungguh-sungguh.

Oh ya,ckp pasal anak ni terfikir plak org yg suka buang anak merata-rata,itu perbuatan org yg belum ada ikatan yg sah la tu,sudah semestinya..bnyk berlaku di negara kita ni,sedih dan sadis mengenangkan anak-anak yang tak berdosa meninggal dunia begitu sahaja.dibuang oleh ibu sendri setelah sakit dan penat melahirkan,dibuang dek kerana xmahu menanggung malu,di dunia,tapi di akhirat nanti,macam mana...?fikir-fikirkanlah...

Marilah sama-sama fikir dan renungkan,kenapa masalah-masalah ini menimpa kita semua..?saudara saudari mesti tau dan boleh agak kenapa semua ni terjadi,kn..?cegah sebelum terlambat..

Td nk ckp pasal bajet 2011,tapi dh terlanjur masuk ke topik lain plak..hmm..ok la tu,kan?sama-sama kita insafi kejadian tersebut,kita sama-sama perbaikinya.pasal bajet plak,kalo nk ckp pasal dia ni mmg xabes ni hari ni..bnyk lg nk dikongsi di sini pasal bajet,pasal pandangan cendekiawan-cendikiawan,politicians dan juga pakar ekonomi serta pemimpin dari dalam dan juga dari luar Malaysia.Termasuk la bajet kita sendri,bajet utk diri kita dan bajet utk keluarga kita semua.setiap apa yg kita buat,mesti fikir pasal bajet. Bajet oh bajet...

exam results

Haaa..skrg ni ramai students dari CFS IIUM yg berdebar-debar la gamaknya ye..?apa tidaknya,esok la kluar result exam utk students CFS IIUM ni..semua menaruh harapan,tidak kurang juga yg ketakutan dan ada juga antara derang ni nk enjoy puas-puas dulu,takut nti bila dh hari rabu,derang dpt result yg boleh membuatkan derang ni menangis.huhu..kesian plak..tapi apakan daya,kalo dpt result yg boleh buatkan anda menangis,jgn salahkan masa,salahkan diri sendri sbb korang yg malas nk bljr masa awal-awal dulu.penat dah lecturers bg nasihat,bagi kata-kata semangat,ckp itu,ckp ini tp kalo dh malas tu, tetap malas,"ASTAGHFIRULLAHAL'AZIMMM",kata!
"ASTAGHFIRULLAHAL'AZIMMM",kata!
Kalo nk berubah dari malas kepada sebaliknya,itu semua dalam diri kita sendri..InsyaAllah boleh berubah selagi kita mau,selagi kita nak. 'Nak seribu daya,xnak beribu-ribu dalihnya.' - ini pepatah yg popular,tiada pengecualian..mesti berubah utk lebih maju.
Dalam web rasmi CFS ni:

http://www.iium.edu.my/asasi/index.php?option=com_content&task=view&id=304&Itemid=1

kata,result sem 1 kuar pada rabu,20 oktober 2010 from 5pm onwards,through student portal.

Oh ya,selamat kembali ke CFS kepada semua warga CFS dan selamat maju jaya kepada semua yg dah graduate dari CFS.semoga anda semua dpt membawa dan mengekalkan kecemerlangan dlam hidup anda di mana saja anda berada.

dari malam bawa ke pagi

sudah pagi rupanya..baru td terasa mcm pukul 8 mlm masa aku menjejakkan kaki ke rumah..hmm...masih bnyk lagi keje nk kena buat ni..

nk tulis pasal apa pun macam xde idea plak..xpela..t dah tulis dh sbnarnya & ada lg nk kena tmbah...tp xnk publish lagi la..hurm,post biasa je..cakap cakap biasa je..huhu..esok pagi la kalo smpat.. :)

ok la, mata pun dh kuyu dah ni..berpenar dah ni duk tahan dari td..
nitey everybody...

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011

Nampaknya kakitangan kerajaan yg berjumlah 1.2 juta orang itu harus bersyukur dgn pemberian kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib yang berjumlah RM1000, iaitu RM 500 p ada Aidilfitri yang lalu dan bakinya, RM500 lg pada hujung tahun ini. Harapan menggunung daripada kakitangan kerajaan untuk menikmati bonus 2 bulan gaji seperti yg dituntut oleh CUEPACS tidak kesampaian, iaitu jumlah yang sama seperti pekerja swasta dan ada sesetengah company memberi sehingga 4 bulan bonus kepada kakitangan mereka.
Sesetengah company yang berpendapatan tinggi terutamanya syarikat carigali minyak dan jua pembekal tenaga elektrik di negara kita memberikan bonus sehingga 6 bulan dan ada juga sehingga 10 dan 14 bulan sama juga dgn kakitangan beberapa buah bank.
Walaupun bonus yg diumumkan tidak begitu bnyk,namun CUEPACS tetap inginkan bonus yg lebih daripada kerajaan pimpinan Najib,bukan kerana tidak bersyukur dgn pemberian yg sedikit itu tetapi kerana memikirkan kenaikan harga minyak dan harga keperluan lain, juga utk meringankan beban kakitangan kerajaan yg sudah sekian lama tidak menikmati bonus yg lumayan daripada kerajaan.
Hmm..kadar tol PLUS tidak dinaikkan selama lima tahun, kenapa lima tahun..?kenapa tidak 10 tahun atau 15 tahun...?cuba saudara saudari fikir dan renungkan, kadar tol memang akan di 'revise' lima tahun sekali, so, tempoh itu mmg tempoh normal, selepas lima tahun, kadar tol akan melambung tinggi dgn alasan kerajaan tidak naikkan selama 10 tahun dah. sama kesnya seperti kenaikan harga tambang bas sekolah.
Walauapapun, kita mesti tetap bersama kerajaan untuk memantapkan ekonomi negara ke arah negara maju menjelang 2020.
Faedah-faedah lain yg diberikan dalam bajet 2011 ini dianggap bajet biasa,cuma keistimewaan pada kakitangan wanita berkahwin, kerana mereka bakal menikmati cuti bersalin sehingga 90 hari, yakni sama dengan apa yg di war-warkan oleh kerajaan kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Dengan bertambahnya cuti tersebut, diharap kerajaan telah mengkaji dan memikirkan implikasi dan solution,apabila kakitangan wanita tersebut bercuti, sama ada untuk melantik kakitangan tambahan kontrak/sambilan atau kakitangan yg sedia ada menggantikan kakitangan wanita yang cuti bersalin tersebut.
Walauapapun, Bajet 2011 ini tetap menarik dgn adanya beberapa perkara baru seperti untuk membeli rumah pertama tanpa downpayment yg agak membebankan pada kakitangan yg baru. Mungkin juga pilihanraya umum ke-13 bakal berlangsung tidak lama lagi..?Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sunday, October 17, 2010

relax

Sunday is a sunny day, a day to relax and rest from so much work for those who are working and study for students. However, there are still workaholic workers working on Sunday. Students, they still need to study even on Sunday, but they usually spending their Sunday for fun, watching movies, and having fun along the day.
Tomorrow, we have to work, and there are some of us will feel 'Monday blues', a disease of some workers..hihi...
Anyway, happy Sunday for all :)