Sunday, March 13, 2011

LawataN ke Rumah Anak-anak Yatim....

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Baru-baru ini, 9 March 2011, aku telah pergi mengikuti rombongan ke rumah anak-anak yatim kt Bukit Beruntung, ni anak-anak yatim tau, bukan anak En.Yatim dan yg sewaktu dengannya.hmm...kt sini ramai aku tgk yg xde mak bapak, masih kecik lagi..dari umur beberapa bulan smpai la yg dh muda remaja, semuanya dari kalangan anak-anak yg dh tiada mak ayah, dan ada juga yg xde mak tapi masih ada ayah, tapi dihantar ke rumah ini atas sebab-sebab faktor kewangan.  Ini le rumah kebajikan tersebut. Anda semua di alu-alukan untuk menyampaikan sumbangan ikhlas kepada rumah kebajikan ini..

Kalo korang sume mai sini, mesti hati korang sayu, anak-anak kecik lagi, masih memerlukan kaseh sayang seorang ibu, kaseh sayang seorang bapa, tapi apa yang ada cuma boleh menumpang kaseh sayang seorang penjaga dan juga pemilik rumah ini, yang membahasakan diri beliau sebagai MAK NGAH. Beliau telah berpengalaman dalam menjaga rumah kebajikan ni, menurut kata beliau, dh kurang lebih pat puluh tahun lebih la beliau menjaga rumah kebajikan ni. Kata beliau lagi, rumah ni dipenuhi oleh anak-anak yang x berbapa, ada juga yang yatim piatu,ada juga yg mak ayah xmampu. Mak Ngah dengan berlapang dada berserah pada Allah Tuhan Yang Maha Esa,Maha Kaya. Beliau bertwakkal sepenuh hati kepadaNYA untuk mengusahakan rumah ini, dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar kerana berkat kesabaran dan keikhlasan membantu anak-anak yang x berdosa yg memerlukan kaseh sayang yang sekelumit. Marilah sama-sama kita doakan kesihatan & kesejahteraan Mak Ngah semoga beliau terus diberi kekuatan untuk meneruskan usaha murni beliau tersebut.

 
Ini la MAK NGAH.

Sebenarnya kt sana, aku ni cuma ikut je sebab ada org request aku untuk jadi photographer, ahaks..aku ni xde la hebat sgt jd photographer ni, baru je nk berjinak-jinak..hmmm..aku ok je...huhu..aku ikut je Department Maths CFS IIUM melalui Social Club nya menganjurkan program ini.so, bermula la tugasku sbg photographer, walaupun baru semi-amatur,aku bnyk juga le bljr kt sini, bljr mcm2 la..
Program pun bermula...mcm biasa la, MC berucap, kata-kata aluan...bla bla bla...bla bla..lps tu, wakil dept then ada pembahagian tugas dan masing2 memilih anak-anak dari rumah tersebut utk dijadikan anak angkat semasa aktiviti nanti. Sebelum itu, Mak Ngah dgn rasa yg terharu telah menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dikunjungi oleh org-org terpelajar (lecturer dari institusi pengajian tinggi). Kami (termasuk aku skali lerr..) berasa sangat bangga dan telah mencuba sedaya upaya utk tidak mngecewakan Mak Ngah dan smua penghuni rumah tersebut.

Pengerusi Majlis, Mr Ashraf.


Mak Ngah bersama Presiden Social Club, Pn Ruslina.
Wajah Mak Ngah jelas menunjukkan bahawa beliau sangat terharu dgn kedatangan dan kunjungan semua lecturer dari Dept Maths. Manakala, wajah Pn Ruslina kelihatan bangga dan teruja utk merealisasikan niat sebenar kunjungan mereka ke rumah ini. Semoga apa yg telah mereka lakukan mendapat ganjaran yg lumayan daripada Allah kelak. Amiiinn...


Wajah salah seorang dari anak-anak rumah tersebut.

 
Mak Ngah bersama Pn Norafizah

Kunjungan mereka bukan saja utk beramah mesra dgn penghuni rumah tersebut tetapi juga utk menyampaikan sedikit sumbangan yg diperolehi daripada semua warga CFS IIUM yg telah dikumpulkan selama beberapa minggu sebelum kunjungan ke rumah ini. Sumbangan telah disampaikan oleh Head Dept of Maths berupa wang tunai dan juga pakaian-pakaian kepada Mak Ngah. Sekali lg, wajah besih Mak Ngah menitiskan air mata gembira plus terharu dengan sumbangan tersebut.

 
Raja Ahmad Kamaruddin - penghuni rumah kebajikan ini.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak ini dengan kehadiran pengujung ke rumah beliau. Sedikit sebanyak beliau masih ada tempat untuk mendapatkan kaseh sayang walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja. Kunjungan ini sangat bermakna kepada semua penghuni rumah tersebut.

 
En Malik sedang menyuap minuman kepada salah seorang anak, manakala yg lain masih menanti. Di sini jelas kelihatan dan terpancar bahawa mereka sangat memerlukan kasih sayang.


 
Pn Laili memimpin tangan seorang anak.



Bersiap sedia untuk ke tempat aktiviti.


Bas menanti untuk ke destinasi seterusnya.



 
Sudah sampai.
Inilah tempatnya, sgt dekat dengan rumah kebajikan tersebut, kurang lebih 15 minit. Di sini, mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan, ke swimming pool dan ke padang golf.

Padang Golf.


 
Pn Norafizah merasmikan majlis..(main-main jekk..)

Head menunujukkan skilnya bermain golf. Aktiviti bermain bersama anak-anak dari rumah kebajikan.


Anak-anak bermain bersama lecturer.

 
Pn Fouziah juga menunjukkan skil beliau :)

Swimming Pool.


Anak-anak kecil bermain di gigi air. Penjaga sebuk mngambil gambar dan ada yg memangku baby.


Kasih sayang jelas terpancar di wajah En Ashraf bersama salah seorang anak-anak.


Kemesraan antara anak-anak dengan En Ashraf jelas terpancar di wajah mereka.

 
Selepas penat dengan aktiviti, kita menjamu selera.
Menu:
Nasi tomato,nasi putih,papadom,daging kicap, ayam masak merah bersama buah papaya & tembikai.
Makanla kenyang-kenyang ye...
To be continued....

1 comment:

  1. Sedih kan kalo kita cuba letak diri kita kat tempat diorang, kita normal, ada mak n ada ayah. Diorang kecik2 lagi dah kena independant, nak manja2 tu rasanya memang tak boleh la.. :-(

    ReplyDelete