Monday, October 18, 2010

Bajet 2011

Nampaknya kakitangan kerajaan yg berjumlah 1.2 juta orang itu harus bersyukur dgn pemberian kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib yang berjumlah RM1000, iaitu RM 500 p ada Aidilfitri yang lalu dan bakinya, RM500 lg pada hujung tahun ini. Harapan menggunung daripada kakitangan kerajaan untuk menikmati bonus 2 bulan gaji seperti yg dituntut oleh CUEPACS tidak kesampaian, iaitu jumlah yang sama seperti pekerja swasta dan ada sesetengah company memberi sehingga 4 bulan bonus kepada kakitangan mereka.
Sesetengah company yang berpendapatan tinggi terutamanya syarikat carigali minyak dan jua pembekal tenaga elektrik di negara kita memberikan bonus sehingga 6 bulan dan ada juga sehingga 10 dan 14 bulan sama juga dgn kakitangan beberapa buah bank.
Walaupun bonus yg diumumkan tidak begitu bnyk,namun CUEPACS tetap inginkan bonus yg lebih daripada kerajaan pimpinan Najib,bukan kerana tidak bersyukur dgn pemberian yg sedikit itu tetapi kerana memikirkan kenaikan harga minyak dan harga keperluan lain, juga utk meringankan beban kakitangan kerajaan yg sudah sekian lama tidak menikmati bonus yg lumayan daripada kerajaan.
Hmm..kadar tol PLUS tidak dinaikkan selama lima tahun, kenapa lima tahun..?kenapa tidak 10 tahun atau 15 tahun...?cuba saudara saudari fikir dan renungkan, kadar tol memang akan di 'revise' lima tahun sekali, so, tempoh itu mmg tempoh normal, selepas lima tahun, kadar tol akan melambung tinggi dgn alasan kerajaan tidak naikkan selama 10 tahun dah. sama kesnya seperti kenaikan harga tambang bas sekolah.
Walauapapun, kita mesti tetap bersama kerajaan untuk memantapkan ekonomi negara ke arah negara maju menjelang 2020.
Faedah-faedah lain yg diberikan dalam bajet 2011 ini dianggap bajet biasa,cuma keistimewaan pada kakitangan wanita berkahwin, kerana mereka bakal menikmati cuti bersalin sehingga 90 hari, yakni sama dengan apa yg di war-warkan oleh kerajaan kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Dengan bertambahnya cuti tersebut, diharap kerajaan telah mengkaji dan memikirkan implikasi dan solution,apabila kakitangan wanita tersebut bercuti, sama ada untuk melantik kakitangan tambahan kontrak/sambilan atau kakitangan yg sedia ada menggantikan kakitangan wanita yang cuti bersalin tersebut.
Walauapapun, Bajet 2011 ini tetap menarik dgn adanya beberapa perkara baru seperti untuk membeli rumah pertama tanpa downpayment yg agak membebankan pada kakitangan yg baru. Mungkin juga pilihanraya umum ke-13 bakal berlangsung tidak lama lagi..?Sama-sama kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment