Tuesday, September 6, 2011

Memang Beliau sudah pergi, pergi meninggalkan kita semua...

Assalamualaikum warahmatullah....

Kita jmpa lagi hari ni..apa kabar semua?hopefully semua sehat & baik aje ye..Almaklumlah dh habes puasa dah,semua dh boleh makan, xde lg yg gastrik la sakit perutla,ada penyakit dalam perut & macam-macam lagi la..hehe...so,semua yg sakit masa bulan Ramadhan tu, kenala ganti puasa tu ye...?jgn lupa..

Hari ni 6 September 2011, genaplah lapan hari kita menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan menahan diri daripada lapar & dahaga serta menahan segala nafsu serakah kita. Hari ini 8 Syawal 1432, dah lapan hari tapi aku rasa masih seperti bulan Ramadhan,rasa mcm terlalu cepat Beliau pergi meninggalkan kita semua, sesetengah orang menganggap belum pun sempat nk beribadah dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, Beliau terlah pergi, terasa hati ini sayu dan pilu mengenangkan pemergian Beliau.

Walaupun hanya dapat bersemuka dengan beliau selama sebulan atau secara tepatnya 29 hari,suatu masa yang agak panjang sebenarnya, tetapi terasa mcm baru bersemuka dengan beliau kurang dari beberapa jam sahaja. Rasa rindu untuk bersemuka dengan beliau semakin menebal tatkala tiba waktu maghrib dan waktu malam. Terasa rindu untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan solat terawih di masjid-masjid dan di surau-surau.Entah kenapa,aku rasa memang sangat merindui Beliau. Apakah dapat kita semua berjumpa dan bersemuka lagi dengan Beliau pada tahun hadapan..?Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga umur kita semua dipanjangkan supaya dapat kita bersemuka sekali lagi dengan Beliau pada tahun hadapan. InsyaAllah. Semoga Allah memberi kita kekuatan fizikal dan mental serta kekuatan rohani untuk kita menghadapi hari-hari mendatang sambil menunggu kedatangan Beliau lagi dengan harapan semoga pertemuan dengan Beliau kali ini dan pada tahun hadapan bukanlah pertemuan kali terakhir kita.

InsyaAllah, dengan izinNYA semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Beliau dan dapat kita merebut lagi sekali peluang yang terhidang di depan kita. Sesungguhnya kehadiran Beliau sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sama-sama kita panjatkan doa supaya kita dapat bertemu dan bersemuka dengan Beliau lagi pada tahun depan. Sesungguhnya aku amat merindui mu, RAMADHAN.

No comments:

Post a Comment