Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum,

Good morning everybody...

Hopefully you are enjoying the holiday because of the Maulid Rasul. Sempena Maulid Rasul ni,kita digalakkan untuk berselawat ke atas Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. semoga dengan apa yang kita lakukan ini akan mendapat syafa'at daripada Baginda Nabi kita. Sebenarnya kita digalakkan dan disarankan supaya berselawat selalu tidak kira masa,akan tetapi pada hari Maulid Rasul, kita digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan selawat dan salam ke atas Baginda Nabi kita, Nabi Agung, Baginda Rasulullah S.A.W. InsyaAllah kita berselawat dengan ikhlas, kita akan mendapat syafa'at daripada Baginda.

Maulidur Rasul bermaksud kelahiran Rasul, dan hari bersejarah tersebut ialah pada 12 Rabiul Awwal tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Nabi Muhammad adalah Nabi & Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahuwataala. Bagindda Nabi sangat menyayangi Ummat Baginda sehingga pada saat-saat terkahir pada hayat Baginda, Baginida tetap memikirkan tentang ummat Baginda. Semoga kita semua dapat sama-sama sentiasa berselawat ke atas Baginda tidak kira di mana saja kita berada dan pada bila-bila masa sahaja. Semoga apa yang kita lakukan hari ni akn mendapat keberkatan Allah Subhanahuwataala.

Salam Maulidur Rasul untuk semua, sama-sama kita berselawat dan salam untuk Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment